Talk to the earth and it will teach you.

Kekreatifnya aku waktu kecik.

Haa..kali ni aku nak bukak kitab sejarah pasal time aku kecik2 dulu sket. Hehe..

Biasalah, budak kampung, mesti kreatif abislah. Lebih2 lagi bab2 benda yg menarik perhatian diorang. Dan aku sekali termasuk dlm golongan itu. Hehehe..

Dulu, masa aku kecik, seingat aku dari aku darjah 5 aku dah main2 dah ngan "hand tools". Dan "projek" pertama yg aku berjaya buat ialah - REBAN AYAM. Hahahaha..kreatif beb.

Cara aku buat camni ; aku guna rangka kayu yg bentuk 4 segi tapi ade kaki yg dah tak guna kat rumah aku. Aku carilah jaring2 besi yg ada, paku2 sket pastu tukul yg sesuai. Bahan dah ade, ape lagi, bertukanglah aku. Bukan senang nak buat woo..kena ukur kayu nak buat atap lagi, nak kerat jaring2 besi tu mengikut saiz yg betul, nak paku kan lagi. Aiseh..semua itu siap jugak akhirnye!

Bangga aku dapat menyiapkan REBAN AYAM pertamaku. Walaupun masa tu aku baru darjah 5! Hahaha..

Tapi..aku kena marah oleh ayah aku lepas tu. Sebab guna paku2 dan kayu2 yg ayah aku nak guna. Hahaha..Dah terkreatif sangat..nak buat macam mana lagi. Huhu..

Aku jugak agak suka bercucuk tanam. Hurm..arwah nenek aku selalu tanam pokok kat sekitar rumah. Tak kisah la pokok buah ke, sayur2 ke. Semua bedal. Hehe..kadang2 bile pokok tu mengeluarkan hasil yang byk sgt, aku juga je. Dapat gaks untungnya. Bijak tak? Haha.

Dengan member sekolah rendah aku pulak, kitorang selalu "modified" basikal. Tukar handle la, seat die la, rim sport la... Pastu letak benda2 aloi yg berwarna warni tu. Bile jumpe kawan, show off la. Pastu berlumba lah! Kalau rebah2 tu biasalah. Hehe..aku rase budak2 kampung especially laki2 mesti ada experience macam ni kan?kan?

Tapi kekretifan aku tidak akan berakhir disitu sahaja. Aku kena kreatifkan lagi! Chewah~ Mana tau suatu hari nanti aku berjaya cipta kereta guna solar power je..tak pun kereta yang boleh bertukar menjadi robot. Fantasi boleh direalitikan! (^__^)

3 comments:

~rukia_chan said...

menarik kisah ko.. mcm kartun usop sontorian plak aku rasa..hehe

hmm..masa kecik aku x merasa bnda2 tuh, sbb aku dok quarters memanjang..tgh2 bndar lak tuh. tp bila balik rmh nenek kt kg, br main bnda2 cmtuh..tp xde la buat reban..haha

paling klaka.. tiap kali cucu2 balik, mesti pokok bunga nenek aku togel, bunga n daun smua dh xde.. sbb cucu pompuan buat main msk2.. temasuk aku..haha aku rasa mesti nenek aku tension *smile

p/s: childhood is the most enjoyable moment in life..cherish it!! =)

::aMaD:: said...

kartun usop sontorian tu ciplak aku. hehe..sbb tu aku kalah anugerah bintang terkenal.hehe..

nakal gle ko.kesian nenek ko.tp aku pun camtu gak time kecik2.hahahaha.
2x5 je..

p/s:not only childhood,but every single moment in our life,we should treasure it n happy!

Yun Chan said...

realitikn fantasi kamo0~
yea~ choiyok!~ :D