Pedoman~

Ilmu itu lebih baik daripada harta.
Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
- Saidina Ali bin Abi Talib

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan
kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau
ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.
- Imam Umar bin Abdul Aziz

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya
- Imam Al-Ghazali

No comments: