Ceramah =D

Pesanan dari Ustaz Amad:

Haruskah kita mempunyai perasaan balas membalas? Andai yang dibalas itu merupakan kebaikan kepada org lain, itu tidak mengapa, tapi andai sebaliknya?

Pernahkah anda bertemu dengan org yang akan sentiasa memberikan anda sokongan, pertolongan, apa jua sekali pun kepada anda meskipun anda pernah berlaku tidak adil kepada mereka?

Hidup ini begitu sukar mencari org seperti itu. Tapi andai kita dapat temuinya, alangkah bertuahnya. Dan, hargailah mereka..

Bercakap mengenai diri kita, andai ada org memberikan layanan buruk kepada kita, mampukah kita membalasnya dengan baik? Kalau boleh, alhamdulillah.. Tapi mesti ramai yg tak boleh..

Sesungguhnya, contoh terbaik dalam hidup kita ialah Rasulullah s.a.w. Baginda memberikan segala yang terbaik kepada sesiapa pun termasuk layanan yang baik. Hinggakan ramai akhirnya memeluk islam karna dek tulus sucinya hati baginada.

Tapi kita hanya manusia lemah..yang menghampiri akhir zaman. Nauzubillah. Marilah kita sama2 menghayati ceramah ini dan mengambil ikhtibar darinya. Sekian, salam.


Dipetik dari Utusan. =p

No comments: