Yang Baik itu daripada Allah. =D

Di Bulan Puasa yg Indah ini. Marilah sama2 kita menghayati kebaikannya.
Rebutlah peluang di bulan ini untuk beribadat sebanyak mungkin.
Sucikan hatimu. Bertaqwalah kepada Allah. Serah segala2nya kepada-NYA.

Ramadhan al-Mubarak bulan rahmat.
Berpuasa memberikan kita kekuatan dan bukan kelemahan.
Dan ingatlah, kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
malahan kita harus memerangi nafsu kita juga.
Jagalah pandangan mata, bicara hati, percakapan dan pendengaran.

Haruslah kita ingat juga, sekarang musim wabak penyakit.
Janganlah dijadikan alasan untuk tidak berpuasa atau malas bertarawih.
Sesungguhnya, itu adalah ujian-NYA dan Allah itu maha mengetahui.

Oleh itu, marilah sama2 kita membanyakkan zikir dan ibadah2 sunat lain.
Dan ingatlah, jangan lah pada bulan ini sahaja kita beramal.
Ikutlah pesanan Rasulullah, kita hendaklah beristiqamah dlm beribadat.
Moga kita dimasukkan kedalam golongan orang2 beriman. Ameen.

No comments: