Cerita Lucu Saya

Tengahari semalam aku rasa pening gila kepala. Tapi azan zohor dah berkumandang. Dalam kepala fikir, nak pegi ke tak? Tau pergi apa? Pergi sembahyang JUMAAT. 

Biar pun pening kepala, aku gagahkan diri jugak pergi ke masjid. Malas nak pergi jauh, pergi la ke UiTM Shah Alam. Erk..ade ke masjid dalam kampus? Sebenarnya aku try & error je. Main redah je masuk UiTM tu. Kehulu kehilir aku cari. Tak jumpa2. Time tu jam dah pun pukul 1.50pm. Dalam hati, aku rasa sembahyang pun nak habis dah. In the end, aku decide nak balik jela. Lagi pun pening kepala aku makin kuat. Nak bukak mata pun rasa pedih. 

Dangg..fuh..lega sampai rumah. Telan panadol 2 biji. Pastu rehatkan badan. Melepas aku sembahyang JUMAAT semalam.

Hari ini bersamaan 19 Nov 2010, aku pun macam biasa. Santai2 lah kat rumah. Siap plan lagik nak pegi Sunway jap dalam pukul 2pm macam tu. Tengah syok mengadap laptop, tetiba abangku muncul di depan pintu. Dia tanya "Eh, tak pergi sembahyang Jumaat ke?". Aku konpius. Tp aku cakap kat dia hari ni SABTU lah. Siap gelak2 kan dia lagi. Kemudian aku tengok kalendar balik. ASTAGA! Hari ni JUMAAT bukan SABTU!!

Hahaha. Macam itulah jadinya apabila anda tak ingat hari. Jangan tiru macam aku~ jeng3. Adios.

Kucing ini sekadar iklan ^^

The Untold Truth.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sangat dah tak update blog ni. Semuanya gara2 sibuk dengan kerja dan "kerja" selepas waktu kerja. Lagi pun internet tiada cepat maa.. semuanya bikin perasaan malas nak update. Tapi jangan bimbang, blog ni masih hidup. =D

Ok lah. Sebelum apa2, aku just nak announce sesuatu. My beloved father, telah pulang kerahmatuAllah pada 17hb October 2010 yang lepas. Sebab meninggal ialah kerana jangkitan kuman tahap teruk yang telah merebak ke semua organ2 penting dalam badannya, dan sebab paru2 berair. Innalillah.. aku sedih yang amat. Sampai sekarang masih teringat akan kenangan2 aku dengan dia. Teringat jugak time2 aku terkasar bahasa, perbuatan dan kesalahan lain.. kalau lah waktu boleh diputar kembali.. akan aku menyanyaginya sepenuh hati. Tapi apakan daya, yang hidup pasti akan mati. Sekarang hanya tinggal ibu. Haruslah lepas nie aku menjaga ibuku sepenuh jiwa, menyanyanginya sepenuh hati. 

Sebagai pesanan buat diriku dan semua, HARGAILAH MEREKA KETIKA MEREKA MASIH ADA.

Abah & Ma, I'm here because of you..

Perihal lain, sejauh manakah efficiency aku berblog dan dapat income? Sangat rendah. Kalau ye pun nak tinggi, kena pakat IT, pakar advertising dan ada banyak masa mengadap PC. Hmm..aku tak macam tu. Jadi dukacitanya dimaklumkan disini, aku berblog saje2 je. Nak jugak income. Tapi biarlah "slow" je. Lagi pun berblog ni ialah satu cara meng-ekspresi-kan diri. Tempat meluahkan perasaanlah katakan. 

So folks, have a nice day. And also be remembered to always love your parents. Without them, u will never know what this world is.