G.Na - Top Girl!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah. Sudah 23 hari kita berpuasa ye? Sekarang masuk hari ke 24 pulak. Semoga amalan kita bertambah diakhir nak habis puasa ni dan bukannya makin kurang sebab duk sibuk shopping. Yala yala!

Dush! Dah berkulat blog ni. Malas betul mau taip-taip sekarang. Tapi sekali sekala best jugak kot. He..he.. Ok lah, walau ini bulan puasa, aku nak share benda yang tak patut share sket. Ha..ha.. rileks and steady! Ni ha, baru aku dengar, perasan dan minat lagu dari Canadian born Korea singer - G.Na. Best jugak ye lagunya.



Bagi yang tak pernah tengok video klipnya atau dengar lagunya, klik je bawah ni. Yang dah pernah, best ke? Emm.. best kan? Kan? Kan?



Ape pun, layan tu layan la jugak. Tapi yang paling penting, puasa jangan tak puasa. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal kita. Cuma sekali sekala tu berhibur boleh lah kot..jangan terbawa-bawa sudah.

Wassalam wbt.

No comments: