Gua bikin bisnes kencang ma! Mau tahu?

Menurut buku karangan Zulkifli Musa yang saya baca, ada 5 kategori orang mendapatkan duit.

1) Kerja makan gaji sepenuh masa.

Tak dinafikan lebih 60% rakyat Malaysia bergantung harap pada majikan untuk dapatkan "ganjaran" di akhir bulan. Mereka terikat dengan perjanjian bertulis dengan majikan, sama ada swasta atau kerajaan. Selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, mereka juga perlu patuh pada etika dan displin ketika bekerja. 

Kesusahan yang lazimnya dihadapi ialah:
   -   Susah nak dapat MC, AL dan sebagainya. Kena ikut procedure. Kalau 
        bos jenis terlampau tegas, merayulah kita.
   -   Kena jaga hubungan dengan bos dan pekerja lain. Kalau ada yang bermasam 
        muka tu, dah la kena mengadap hari-hari, tak ke stress kita nanti?
   -   Basic RM2000. Kita kerja macam nak patah tulang betis pun company 
        hargai ke? Kalau ada yang bagi imbuhan/pampasan itu ok la. Kalau tiada? 
        Kena tunggu kenaikan gaji lah nanti.
   -   Kejayaan datang dengan harga yang mahal. Ya. Ada sesetengah tak balik 
        rumah semata2 utk siapkan tugasan dan ambil hati bos. Bertahun lamanya 
        kerja akhirnya baru naik pangkat dan gaji.
    -  Untuk bujang mungkin senang. Tapi yang berbini, bersuami, apalah nasib 
        anak2 dirumah. Bahagiakah mereka?

Kesenangan yang lazimnya dinikmati ialah:
   -   Dapat gaji tetap akhir bulan. In other word - secure. Dapat juga bonus 
       tahunan. Wow!
   -   Khas untuk government workers only, ada duit pencen. Dah bersara dan 
       duduk tak buat apa pun gaji masuk. Malahan kalau umur tak panjang, duit 
       pencen diturunkan kepada anak2 pula.
   -   Mudah mendapatkan pembiayaan pinjaman - beli rumah, kereta, kad kredit.
   -   Mudah dapat bantuan perubatan di klinik panel dan hospital yang 
       dibiayai majikan.


2) Mereka yang menjalankan perniagaan.

Perniagaan kecil dan serdahana membentuk 90% daripada jumlah perniagaan di Malaysia. Perniagaan kecil tu macam jual burger, nasi lemak. Perniagaan serdahan pula seperti kilang buat keropok dan sebegainya. Jangan pandang rendah pada golongan peniaga ini. Pendapatan peniaga pasar malam mungkin mengatasi pendapatan anda. Baru - baru ni di bulan Ramadhan, ada peniaga yang dapat lebih RM800 satu hari ketika menjalankan perniagaan di bazar Ramadhan. Katakan selama 25 hari perniagaan itu telah dijalankan, maka 25x800= RM20 000! Dan katakan pula rakan kongsi perniagaan itu 4 orang, jadi setiap seorang dah dapat RM5000! Banyak bukan? 

Peniagaan kecil jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi perniagaan yang besar dan disegani. Contohnya - Tony Fernandes (AirAsia), Ananda Krishnan (Maxis), Lim Goh Tong (Genting) dan Maznah Hamid (Securiforce) yang dahulunya syarikat kecil tapi kini telah diperdagangkan di papan utama di bursa saham!


Kesusahan yang lazimnya dihadapi ialah:
   -   Bergantung pada modal, makin besar modal, makin besar perniagaan yang 
        boleh dijalankan.
   -   Tiada kemahiran dan pengetahuan meluas akan membantutkan 
        perkembangan perniagaan.
   -   Perlu bekerja dengan sangat tekun dan gigih pada permulaan perniagaan. 
        Bukan senang nak maju. Tinggilah risiko untuk menghadapi kegagalan. 
        Ini boleh melemahkan semangat berniaga.

Kesenangan yang lazimnya dinikmati ialah: 
   -   Peniagaan maju akan selalu menjanjikan pendapatan yang lumayan. 
        Apatah lagi jika sangat maju dan diuruskan oleh pekerja2 yang cekap,
        pemilik perniagaan itu boleh "goyang kaki"!
   -   Tiada karenah birokrasi untuk naik pangkat dan mendapatkan cuti!
   -   Tidak terikat dengan mana2 peraturan atau displin "orang lain". 
        Kita sendiri yang menentukannya.

3) Kerjaya berdasarkan bakat dan kebolehan.

Ada individu yang menerima pendapatan berdasarkan bakat dan kemahiran yang ada. Sebagai contoh - penyanyi, pelakon, penceramah, model, tukang masak dan penulis. Mereka dibayar mengikut kemampuan menghasilkan produk atau menawarkan servis yang laku di pasaran dan mempunyai nilai komersial.

David Beckham (pemain bola sepak) meskipun sudah agak berusia, tetapi khidmatnya masih ditagih LA Galaxy dan dibayar Euro 24.1 million setahun! Ini dikuti dengan Cristiano Ronaldo Euro 22.9 million dan Lionel Messi Euro 19.3 million. Senang cerita, kalau convert ke RM, anggaplah jumlah Euro 24.1 million itu bersamaan dengan RM 24.1 million. Banyak tu! 


Contoh orang Malaysia pula - Chef Wan. Siapa tidak mengenalinya? Bukan sahaja pandai memasak, malahan boleh berlakon dan mengacara. Cara spontannya dan karenahnya di kaca televisyen telah menarik ramai orang untuk meminatinya. Tanyalah ibu anda, siapa tak kenal Chef Wan? Dan disebabkan popularitinya ini, bayaran yang diterimanya pun sangat lumayan. 

Orang cakap, dah la kita buat apa yang kita suka, malahan dibayar lagi untuk khidmat/produk yang kita hasilkan itu. Siapa tak nak?

4) Mereka yang menjalankan pendapatan pasif.

Pendapatan pasif ialah sumber pendapatan "goyang kaki" yang hebat kerana boleh diperolehi dengan komitmen masa dan tenaga yang minimum. Misalnya kita sekarang ini - BLOGGERs, melalui ads ke, atau jualan online ke, ini telah dianggap pendapatan pasif. 

Banyak cara untuk mendapatkan pendapatan pasif. Antaranya melalui bidang hartanah. Menurut jutawan hartanah, Robert Kiyosaki, pendapatannya yang telampau banyak telah menyebabkan beliau bersara awal pada umur 40 tahun. Walau pun umur bersara masih muda, tapi simpanannya mampu membuatkan beliau membeli beberapa buah pulau di dunia ini! 

Pendapatan pasif mungkin antara jenis pendapatan yang terbaik setakat ini berbanding jenis pendapatan yang lain bukan? Nanti! Ada lagi! Di bawah ini diceritakan.

5) Kombinasi daripada senarai diatas.

Bayangkan anda suka memasak. Dan kerjaya anda sekarang ialah tukang masak yang tersohor di Malaysia. Pada waktu yang sama anda mengiklankan kemahiran anda serta produk anda di internet seperti blog dan sebagainya. Bukan setakat di Malaysia, di peringkat antarabangsa juga masakan sedap anda ditagih. Anda juga mempunyai berbidang tanah di serata Malaysia dan setiap tanah tersebut memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda melalui penyewaan dan penjualan. Dan akhir sekali anda memiliki beberapa buah restoran dinamakan sempena nama anda di beberapa tempat di Malaysia. Bayangkan, pendapatan yang anda akan perolehi? Masya-Allah. Tuhan sahaja yang tahu betapa lumayannya pendapatan anda!


Kesimpulan daripada notes panjang lebar ni (harap tak jemu membacanya), ialah didunia ini ada banyak cara boleh dipilih untuk meyara hidup kita. Cuma cara yang kita pilih itu janganlah sesekali melibatkan unsur negatif seperti merompak, rasuah dan sebagainya. Memang kita mahu KAYA cepat, tapi kalau kayanya kita itu bukan dengan cara yang HALAL, azab api neraka akan menanti kita. Masya-Allah, jauhi lah aku darinya.

Semoga notes ini mampu meberikan motivasi dan ruang untuk anda berfikir mengenai masa depan anda. Ingat satu perkara ini - MALAS ialah PENYAKIT yang sangat BERBAHAYA.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments: