PEMILIK Telefon Berusia 40 Tahun!

Tahun ini, genap 40 tahun telefon bimbit berada di pasaran dunia. 3 April 1973 adalah tarikh rasmi dimana panggilan pertama dengan telefon bimbit dibuat. Ianya adalah panggilan yang dibuat oleh Martin Cooper – pencipta telefon bimbit, kepada lawan beliau di AT&T dengan menggunakan Motorola DynaTAC. Ianya adalah telefon pertama yang boleh dipegang di dalam tangan, tanpa memerlukan pek bateri yang besar seperti telefon bimbit yang sebelumnya.

Mr. Martin Cooper dengan telefon ciptaan pertamanya

40 tahun kemudian, kini telefon pintar yang digunakan seharian oleh pengguna mempunyai kuasa pemprosesan yang jauh lebih baik dari komputer yang melancarkan misi Apollo ke bulan, storan yang lebih besar (tetapi bersaiz lebih kecil) dari komputer desktop terawal, dan juga fungsi-fungsi yang tidak pernah diilhamkan oleh pereka telefon bimbit yang asal. Bayangkan 40 tahun akan datang - apa lagi telefon kita boleh buat?

SNAKE merupakan game paling popular zaman dulu
 
Credits: Yahoo!

3 comments:

Abdul Munir said...

ni legend nya phone..baling anjing nye..berat..hehe

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
Extremely helpful information specifically the last part :) I care for such information much.
I was seeking this particular info for a long time. Thank you and
good luck.

my web page :: bmi chart women

sobri yaacob said...

kalau skrg pun hp dah touch skrin.. lg 40 thun x tau la model mcm mana kan kluar lg :)