FATWA: Solat Jumaat Di Pelantar Minyak

Assalamualaikum.

Jika anda cari di Google mengenai tajuk diatas, hasil carian mesti tak banyak. Hairan sebab di Malaysia ini sahaja memang ramai yang bekerja di PELANTAR MINYAK. Ada yang mungkin 1 - 2 minggu, ada juga 1 bulan, malahan 5 - 6 bulan pun ada. Persoalannya mereka ini yang tahu mengenai hukum hakam SOLAT JUMAAT di pelantar minyak kenapa tak sebarkan kepada umum? Oh, mungkin mereka penat, tiada sambungan internet, kurang yakin dan sebagainya. Tidak mengapa, ini fatwa dipetik dari e-fatwa.gov.my


Mesyuarat dimaklumkan fatwa berkenaan dipohon bagi mendapatkan penjelasan hukum sembahyang Jumaat di pelantar minyak di luar pantai Terengganu berdasarkan pendapat kesemua empat mazhab. Permohonan itu menggambarkan bahawa sembahyang Jumaat di lokasi tersebut sangat perlu bagi dihayati kebesaran hari Jumaat dan mendengar khutbah yang diharapkan dapat mengingati serta membuka hati mereka yang lalai. Mesyuarat bersetuju menjawab persoalan tersebut seperti berikut : 

(i) Solat jumaat adalah fardhu ain ke atas mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Bagi mereka yang berada di pelantar minyak adalah tidak diwajibkan keatas mereka solat Jumaat kerana tidak mencukupi syarat iaitu tidak bermastautin dan pelantar minyak bukan merupakan kediaman tetap (albalad). Hukum ini adalah didasarkan kepada kesemua pendapat atau Qaul Mu"tamad keempat-empat mazhab ( untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab dalm mazhab yang empat seperti kitab Al-Fiqah Al Islami Wa Adallatuhu oleh Ad Duktur Wahbah Az-Zahili-Juzuk At-Thani halaman 265 -275). 

(ii) Selain daripada itu, mendirikan solat Jumaat di tempat yang tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama adalah suatu kesalahan ( seksyen 168(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dirujuk ). iii. Mengenai syiar hari Jumaat dan keinsafan melalui khutbah Jumaat, kaum muslimin di pelantar masih boleh menghayati syiar dengan beberapa amalan sunat Jumaat seperti membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Mereka juga boleh dibawa kepada suasana keinsafan dan kesedaran beragama dengan mengadakan kuliah-kuliah, muzakarah dan ceramah agama. 

No comments: