PETUA: Tingkatkan Iman Dengan Mudah

Assalamualaikum.

Sebagai orang muslim, kita WAJIB menunaikan sembahyang 5 waktu sehari semalam. Tetapi, masih ramai juga yang "iman"nya lemah. Jadi kali ini, walau pun saya bukanlah bagus sangat, tetapi mahu berkongsi ilmu dan pendapat tentang bagaimana untuk meningkatkan iman. Mudah sahaja. Kerana anda hanya perlu fikirkan berberapa perkara yakni:


(1) Jangan pernah tinggalkan Sembahyang 5 waktu walau apa jua keadaan
(2) Sembahyang di awal waktu (sebaiknya dalam 5 minit selepas Azan)
(3) Berdoa selalu kepada Allah s.w.t. selepas habis sembahyang walau pun sekejap
(4) Pastikan bacaan dalam sembahyang betul dan sebolehnya memahami ertinya sekali
(5) Cubalah sedaya upaya untuk bersembahyang secara jemaah

Senang bukan? Jika anda ikut turutan, yang paling senang nak buat mestilah No (1). Mungkin anda sembahyang agak lewat, atau kurang berdoa atau erti bacaan sembahyang kurang faham, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak pernah meninggalkan solat. SANGAT MUDAH. Kenapa susah? Lepas itu apabila No (1) sudah berjaya, buatlah No (2) pula, dan seterusnya. Cuba anda fikirkan, No (5) misalnya paling susah kerana anda perlukan saudara lain untuk berjemaah atau pun mungkin perlu ke Masjid / Surau. Tetapi bagaimana sekali pun, kesemuanya tidaklah susah mana.

Tepuk DADA tanya IMAN. Selamat beramal!

No comments: