AMARAN: Jangan Pasang Cermin Gelap (Tinted) Disini!


Saya bukan berniat memburukkan nama kedai ini, tetapi memang ternyata kualitinya TERUK. Jadi jika baik, saya pun akan berkongsi juga. Cuma sebagai peringatan kepada para pembaca, jika anda berhajat untuk memasang cermin gelap atau dalam bahasa inggeris yang biasa kita cakap "tinted", silalah jangan membazirkan duit anda dikedai ini. 


So sorry Mr Leong. If you read this, I must say that your service was not good. Although I had been THREE times already to your shop just to repair the BUBBLES (or more accurately caused by dirt that flies in the air) but until today I am not satisfied yet. Perhaps you can see this as SERIOUS matter and later improve your workmanship so that one day no one complain against you.


Pelbagai jenis warna dan ketebalan "tint" yang dijual tetapi sejujurnya saya kurang pasti apa BRAND dia dan status originalnya. Yang pasti, saya sudah mengeluarkan RM360 dan sangat tak berbaloi! Sebab utama ialah habuk yang melekat diantara lapisan "tinted" dengan cermin kereta. Sikit mungkin boleh dimaafkan tetapi masalahnya BANYAK. Jadi sekarang salah siapa?


Ini adalah keadaan kedai tersebut. Anda boleh menilai sendirilah. Dan sebagai NASIHAT saya kepada anda, jika hendak "tinted", sebolehnya pilihlah kedai yang tertutup, mempunyai lampu yang cerah serta ada aircond, bukan open air macam Layang ini. Disebabkan open air dan lampu yang ada tapi tak dipasanglah menyebabkan habuk berterbangan. Jadi apabila memasang "tinted" sudah pastilah habuk itu tak dapat dilihat dengan mata kasar. Jadi beringatlah anda semua ok? Kedai Layang Auto Accessories ini berada di Seksyen 25, Sri Muda, Shah Alam. Cawangan kedai ini ada banyak. Mungkin tempat lain lebih teruk atau lebih baik? Ada sesiapa pernah cuba?

2 comments:

Anonymous said...

Untuk info anda semua, kedai aksesori Layang 25 Dengan Kedai aksesori Layang-Layang 23 adalah tidak sama. Kedua dua mempunyai tauke dan management yang berlainan. Saya sebagai regular customer Layang-Layang seksyen 23 amat puas hati dengan servis mereka.

I feel sad for those who went to the one at seksyen 25 because kawan dah lama kata kedai tu busuk nak mengaut keuntungan sahaja.

Anonymous said...

Kedai lauyang la tu