TIPS: Nak Kaya Cepat (3 Cara Mudah)

Siapa yang tak nak kaya? Ada duit banyak, hidup dalam kesenangan tanpa runsing memikirkan bagaimana nak bayar hutang. Jadi disebabkan itu saya dan anda semua mahukan duit yang banyak. Tetapi jarang sangat kita mengetahui cara TERMUDAH. Apa yang saya maksudkan bukannya melakukan aktiviti yang terlarang seperti mencuri, tetapi sebaliknya. Terdapat 3 cara paling SENANG yang semua genap lapisan masyarakat boleh praktikkan.
 

PERTAMA – RANCANG DAN KURANGKAN PERBELANJAAN
 
Jika dulu anda bergaji RM2000 sebulan, sekarang bergaji RM4000 pula sebulan. Pendapatan naik TETAPI kenapa masih tidak cukup? Mudah jawapannya – anda berbelanja berlebihan. Sebenarnya memang semua manusia seperti itu,maksud saya, iyalah, dulu nak beli peti sejuk tak boleh, sekarang apa salahnyakan? Yang menjadi masalahnya ialah kita tidak merancang dengan betul. Kan bagus jika kita mengumpul dahulu satu jumlah, misalnya RM1000, kemudian baru membeli peti sejuk itu berbanding menggunakan KAD KREDIT je. Disebabkan perangai tak merancang jauh inilah ramai muda-mudi di Malaysia kini MUFLIS! Anda tahu makna muflis?
 
Muflis maksudnya bank akan umumkan anda bankrap, maka tiada lagi pinjaman bank lepas ini sebab anda dah disenarai hitamkan, kemudian berkemungkinan ada harta anda akan ditarik oleh pihak bank. Contohnya kereta, perabot. Hidup dalam muflis ini susah. Baik elakkan daripada berlaku.


KEDUA – MENCARI SUMBER PENDAPATAN
 
Sumber duit bukan daripada kerja makan gaji semata-mata. Tetapi jangan sesekali memandang rendah orang kerja makan gaji. Ada orang yang BERJAYA disebabkan sukakan kerjayanya. Contoh yang tersenang ialah Cristiano Ronaldo – pemain Real Madrid. Bayangkan anda ditempat dia, anda suka main bola dan anda dibayar kerana anda sukakannya! Oleh kerana itu, salah satu caranya ialah mencari kerja bergaji lebih besar. Betulkan!
 
Tetapi satu lagi cara ialah memulakan PERNIAGAAN. Sejujurnya saya sangat hairan kenapa orang Melayu terutamanya di Malaysia ini, tidak banyak yang mempunyai bisnes yang besar walaupun jumlah mereka ramai. Jika dibandingkan dengan orang Cina, merekalah yang memiliki bisnes yang memang tersohor di Negara kita ini. Contohnya Shopping Mall Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Orang Melayu seronok je menghabiskan duit disitu tetapi tak sedar yang duit mereka itu dapat ke tauke shopping mall itu – Tan Sri Vincent Tan. Jadi kita bila lagi? Ayuh, janganlah malas!
 

KETIGA – MEMIKIRKAN ORANG YANG LAGI MISKIN DARIPADA KITA
 
Kadang-kadang, jika kita menilai orang yang susah dan bandingkan dengan “kekayaan” yang kita sedang miliki, boleh menimbulkan perasaan BERSYUKUR. Ingatlah, semua dimuka bumi Allah ini, hanya pinjaman, rezeki-NYA terbentang luas kepada mereka yang berusaha. Banyakkanlah berbuat amal dan membantu meringankan beban orang lain baik dari segi harta mahupun sekecil mana seperti mengalihkan batu besar ditengah jalan. Jika tidak didunia Allah membalas kebaikan anda, maka pasti ganjaran pahala menanti anda di Syurga. InsyAllah.
 

Diharapkan rumusan ringkas yang saya taipkan diatas mampu memberi makna kepada anda yang membaca. Mungkin anda boleh membaca atau membuat kajian lebih mendalam lagi nanti. Akhir kata, janganlah terlupa mengejar KEKAYAAN akhirat yang juga disebalik mengejar KEKAYAAN dunia. Sekian, terima kasih kerana membaca.

2 comments:

aishah nin said...

salam ukhuwah dari saya :)

maryam ishmatullah said...

salam ukhuwah pula dari ishmah :)

nice sekali infonya :)