UNTUK DISEWA: Rumah di Mutiara Bukit Kemuning, Sri Muda, Shah Alam


CEPAT! Kemasukan segera bulan MAC 2014. Jika berminat hubungi 013-3971922 (Amad)

ALAMAT RUMAH
No 20, Jalan Pekerti 25/133C, Seksyen 25, Taman Mutiara Kemuning, 40400 Shah Alam

SYARAT - SYARAT PENYEWA
- Yang BEKERJA sahaja
- Berperangai elok dan menghormati privasi kawan serumah
- Lelaki MUSLIM sahaja

PILIHAN DISEDIAKAN

(1) Master Bedroom (Tingkat Atas)
- Berkongsi bilik dengan 1 orang penghuni sedia ada
- Ada bilik air dalam bilik dan juga bilik air sangat dekat diluar

(2) Ruang Tamu (Tingkat Bawah)
- Nak duduk 2 orang pun boleh
- Sewa akan lebih murah kerana tiada bilik
- Bilik air pun dekat sahaja
- Kipas siling sudah ada disediakan

KEMUDAHAN LAIN
- Internet (Maxis Fibre) yang sangat laju
- Peti Ais (Tingkat atas)

ANTARA TEMPAT BERDEKATAN
- Giant Bukit Kemuning (daripada KESAS dah nampak)
- Flamming Steamboat
- Pizza Hut dan KFC
- Lebuhraya LKSA
- Lebuhraya KESAS
- AEON Bukit Tinggi (30 minit sahaja)
- NSK Taman Sentosa Klang (20 minit sahaja)
- Mydin dan bus stop (5 minit shaja)
- Car Workshop, Motor Workshop, Kedai Hardware belambak
- Stesen Minyak Petron, BH Petrol, Shell dan Petronas juga dekat
- Pasar malam (setiap Jumaat) (5 minit sahaja)
- Masjid (5 minit sahaja)

PECAHAN SEWA BULANAN
- Sewa bulanan sahaja: RM1100/5 = RM220
- Internet: RM148/4 = RM37 (seorang penghuni sedia ada tidak menggunakannya)
- Anggaran bil air sebulan: RM10/5 = RM2
- Anggaran bil letrik sebulan: RM60/5 = RM12
- Bayaran sekuriti taman: RM75/5 = RM15

- Jumlah sebulan: RM286 (jika 1 orang masuk)

BAYARAN NAK MASUK
- Deposit sewa sebulan + sewa bulan MAC 2014 = RM440

Ruang tamu tingkat bawah


Master bedroom

Bilik air bersih

Maxis Fibre Internet

Peti Ais

Kami 4 orang semuanya bekerja dan sangat menjaga kebersihan. Dan kami juga peramah. Jadi yang berminat dialu-alukan menghubungi 013-3971922 (Amad). Waktu nak melawat rumah boleh diaturkan atas kesesuaian. Tapi sebaiknya waktu malam atau sabtu dan ahad. Jika bukan anda yang mencari bilik sewa, tolong sebarkan kepada kawan atau sedara yang mahu. Jasa baik anda sangat kami hargai. Terima kasih.

FATWA: Solat Jumaat Di Pelantar Minyak

Assalamualaikum.

Jika anda cari di Google mengenai tajuk diatas, hasil carian mesti tak banyak. Hairan sebab di Malaysia ini sahaja memang ramai yang bekerja di PELANTAR MINYAK. Ada yang mungkin 1 - 2 minggu, ada juga 1 bulan, malahan 5 - 6 bulan pun ada. Persoalannya mereka ini yang tahu mengenai hukum hakam SOLAT JUMAAT di pelantar minyak kenapa tak sebarkan kepada umum? Oh, mungkin mereka penat, tiada sambungan internet, kurang yakin dan sebagainya. Tidak mengapa, ini fatwa dipetik dari e-fatwa.gov.my


Mesyuarat dimaklumkan fatwa berkenaan dipohon bagi mendapatkan penjelasan hukum sembahyang Jumaat di pelantar minyak di luar pantai Terengganu berdasarkan pendapat kesemua empat mazhab. Permohonan itu menggambarkan bahawa sembahyang Jumaat di lokasi tersebut sangat perlu bagi dihayati kebesaran hari Jumaat dan mendengar khutbah yang diharapkan dapat mengingati serta membuka hati mereka yang lalai. Mesyuarat bersetuju menjawab persoalan tersebut seperti berikut : 

(i) Solat jumaat adalah fardhu ain ke atas mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Bagi mereka yang berada di pelantar minyak adalah tidak diwajibkan keatas mereka solat Jumaat kerana tidak mencukupi syarat iaitu tidak bermastautin dan pelantar minyak bukan merupakan kediaman tetap (albalad). Hukum ini adalah didasarkan kepada kesemua pendapat atau Qaul Mu"tamad keempat-empat mazhab ( untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab dalm mazhab yang empat seperti kitab Al-Fiqah Al Islami Wa Adallatuhu oleh Ad Duktur Wahbah Az-Zahili-Juzuk At-Thani halaman 265 -275). 

(ii) Selain daripada itu, mendirikan solat Jumaat di tempat yang tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama adalah suatu kesalahan ( seksyen 168(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dirujuk ). iii. Mengenai syiar hari Jumaat dan keinsafan melalui khutbah Jumaat, kaum muslimin di pelantar masih boleh menghayati syiar dengan beberapa amalan sunat Jumaat seperti membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Mereka juga boleh dibawa kepada suasana keinsafan dan kesedaran beragama dengan mengadakan kuliah-kuliah, muzakarah dan ceramah agama.