PETUA: Tingkatkan Iman Dengan Mudah

Assalamualaikum.

Sebagai orang muslim, kita WAJIB menunaikan sembahyang 5 waktu sehari semalam. Tetapi, masih ramai juga yang "iman"nya lemah. Jadi kali ini, walau pun saya bukanlah bagus sangat, tetapi mahu berkongsi ilmu dan pendapat tentang bagaimana untuk meningkatkan iman. Mudah sahaja. Kerana anda hanya perlu fikirkan berberapa perkara yakni:


(1) Jangan pernah tinggalkan Sembahyang 5 waktu walau apa jua keadaan
(2) Sembahyang di awal waktu (sebaiknya dalam 5 minit selepas Azan)
(3) Berdoa selalu kepada Allah s.w.t. selepas habis sembahyang walau pun sekejap
(4) Pastikan bacaan dalam sembahyang betul dan sebolehnya memahami ertinya sekali
(5) Cubalah sedaya upaya untuk bersembahyang secara jemaah

Senang bukan? Jika anda ikut turutan, yang paling senang nak buat mestilah No (1). Mungkin anda sembahyang agak lewat, atau kurang berdoa atau erti bacaan sembahyang kurang faham, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak pernah meninggalkan solat. SANGAT MUDAH. Kenapa susah? Lepas itu apabila No (1) sudah berjaya, buatlah No (2) pula, dan seterusnya. Cuba anda fikirkan, No (5) misalnya paling susah kerana anda perlukan saudara lain untuk berjemaah atau pun mungkin perlu ke Masjid / Surau. Tetapi bagaimana sekali pun, kesemuanya tidaklah susah mana.

Tepuk DADA tanya IMAN. Selamat beramal!

AKSI MENARIK: Filem Return To Base (Korea)

Jika anda peminat filem berkisarkan perperangan dan jet pejuang, mungkin anda perlu menonton R2B: Return To Base a.k.a. Soar Into The Sun. Dibarisi pelakon yang memang popular dan berbakat, filem Korea Selatan tahun 2012 ini pasti sangat menarik ditontoni kerana filem ini juga mempunyai kesan grafik yang HEBAT. Oh ya, mungkin ada yang tetanya mana nak dapat. Jika nak mudah, download TORRENT sajalah. HAHA.

Antara barisan pelakon

Pelakon Utama 1: Rain a.k.a. Jung Ji-Hoon

Pelakon Utama 2: Shin Se-Kyung

Last, pernah tak anda terfikir kenapa banyak sangat filem kat dunia ini baik dari Barat atau Korea Selatan sendiri, semuanya memburukkan Korea Utara? Bahkan R2B ini pun sama. Sebabnya ialah Korea Selatan selalu bermusuhan dengan Korea Utara. Tahukan sempadan yang memisahkan Korea? Sampai ke hari ini sebenarnya tentera Korea Utara masih curi-curi masuk ke Selatan walau mereka menafikannya. Lagi pun kan Korea Selatan ada back up oleh USA kan. Sebab itu mereka berani buat filem yang mengutuk Korea Utara.