Hukum Tertinggal Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Umumnya kita selalu membaca doa Qunut ketika rakaat kedua di dalam solat subuh. Tetapi apa hukumnya? Kalau kita tertinggal tidak mengapakah? Ada juga yang keliru apabila imam TIDAK membaca Qunut di Mekah. Sedangkan antara orang yang mempunyai iman terpuji di bumi ini pun tidak membacanya, apatah lagi kita? Jadi kepada sesiapa yang tidak pasti, bacakan dibawah ini.


Dalam Islam sunni, ada 4 mazhab (aliran). Antaranya ialah Syafi'e iaitu mazhab yang kebiasaannya menjadi ikutan oleh muslim di Malaysia. 4 mazhab ini ada banyak percanggahan pendapat mengenai ibadah atau perlakuan yang SUNAT tetapi tiada perbezaan pula mengenai yang WAJIB. Contohnya doa Qunut dianggap sunat yang sangat digalakkan oleh Imam Syafi'e tetapi tidak digalakkan oleh sesetengah mazhab lain.

Jadi sudah jelaslah untuk kita sebagai orang Malaysia, yang terbaik kita ikutlah ajaran Syafi'e supaya tidak terlalu berbeza dengan orang lain. Nanti kalau berbeza orang mungkin boleh fikir bukan-bukan pulakan. Kesimpulannya, doa Qunut ialah SUNAT yang digalakkan. Jika tertinggal, haruslah orang itu melakukan Sujud SAHWI. Tetapi tidakla pula tidak sah solatnya jika tertinggal Qunut dan Sahwi.

Selamat beramal, dan sebarkan kepada yang lain! Link 1, Link 2.

MOVIE REVIEW: Transcendence (English, 2014)

Movie ini mengisahkan Jonny Depp (Dr. Will Caster) yang merupakan seorang saintis yang mahukan kemajuan teknologi berterusan tanpa mengira batasan keadaban kemanusiaan. Sehinggakan ada orang sanggup menentangnya kerana dia terlalu obses dengan teknologi. Dan setelah ditembak dengan peluru mengandungi bahan radioaktif, dia bakal kehilangan segalanya dan bergantungharap kepada isterinya Rebecca Hall (Evelyn Caster) untuk meneruskan perjuangannya.





Keseluruhannya cerita ini kategori "bijak" tetapi bukanlah sangat seronok. Oleh itu, markah yang aku nak bagi ialah 4.1/5.0. Memang best tetapi seolah-olah tiada "impak" yang dinantikan.

TIPS: Servis Pos Bungkusan Makanan Murah

Mungkin ramai dah tahu dan mungkin tahu cara lebih murah, tetapi memang tak dinafikan, Pos Malaysia menyediakan kadar pos bungkusan ANTARA termurah. Bungkusan yang dimaksudkan itu boleh jadi pelbagai jenis, dari kertas dokumen hinggalah ke makanan kering. Bagi yang tidak mengetahui caranya lagi, silakan baca dibawah ini:


Pertama, sediakan kotak untuk meletak barang anda itu. Jika anda tidak mempunyai kotak sendiri, anda boleh membelinya di Pejabat Pos (bergantung kepada stok). Ada 3 jenis saiz disediakan. Antaranya ialah seperti yang anda lihat diatas. Berat maksima 10KG, harga sekotak ialah RM6.00


Kemudian, jika anda tahu berat sebenar kotak anda itu, anda boleh agak-agak kos penghantarannya melalui jadual diatas. Sila rujuk sini untuk lebih jelas. Katakan anda ada 3 kotak, jumlah keseluruhan kotak itu dikira berdasarkan jumlah keseluruhan berat. Contoh: 3 x 5 = 15KG, jadi RM71.50


Perlu DIINGAT, kadar kos penghantaran diatas merujuk kepada kadar POS BIASA dan bukan POS LAJU yang jauh lebih mahal. Pos biasa ini kebiasaannya memakan masa lebih kurang 7 hari selepas bungkusan (PARCEL) diserahkan di pejabat pos. Jadi merujuk kepada 2 gambar diatas, anda boleh memeriksa ONLINE sahaja (tak perlu call atau bertanya di pejabat pos) untuk mengetahui status penghantaran parcel. Sila klik link ini untuk maklumat penyemakan status. Di dalam kotak kosong itu, taipkan nombor rujukan TANPA jarak. Contohnya CD193636642MY

REVIEW EKSLUSIF: Rasa Nescafe Smoovlatte

Pendedahan menarik mengenai rasa ini ditaja khas dengan harga RM2.40 sahaja. He..he..he.. Sekarang ini anda pasti tahukan produk terbaru Nescafe ini? Agak sukarlah nak dapatkan minuman ini sebab masih barukan. Sebab ingin rasa, jadi TERBELILAH satu kat Tesco. 


Rasanya? Biasa sahaja. Tapi lebih sedap dan lembut daripada Latte, Mocha, Original dari Nescafe itu. Cuma dua perkara sahaja perlu ingat. Pertama MAHAL. Kedua SEDIKIT. Memang tak puas minum. Sekali teguk je dah habis. Tapi tidak mengapa, sekali sekala apa salahnya.