Cara Tengok Preview World Cup 2014 (Highlights) Gol Dan Perlawanan

Seringkali jika terlepas untuk menonton perlawanan bolasepak, kita akan cari di YOUTUBE kan? Lepas itu baru tahu bagaimana GOL dihasilkan, babak kad merah dan sebagainya. Namun bukan semuanya mudah dicari sebab ada preview berbahasa ARAB dan ada yang mengarut sampai sakit jiwa! Ada juga preview yang dah "delete" atau "unauthorized by FIFA". Lepas ini geng-geng bola sekalian, jangan sakit hati lagi, jomlah tengok preview di website FIFA sendiri seperti dibawah:


SENARAI 10: Lokasi McDonald's Di Dunia Yang Unik

Ok, masing-masing ada pandangan sendiri mengenai McDonald's. Ada yang suka, ada yang tak kisah dan ada juga yang tak suka. Walau apa sekali jua pun, gambar-gambar dibawah hanya sekadar hiburan semata-mata. Memang lokasi McD yang tersenarai sangat unik dan cantik. Bilalah orang Malaysia (Melayu terutama) mempunyai cawangan makanan segera seperti ini!

10 - Colonial Mansion MCDONALD'S - Hyde Park, New York (USA)


9 - Airplane MCDONALD'S - Taupo (NEW ZEALAND)


8 - Biggest MCDONALD'S On Earth - London (ENGLAND)


7 - Spanish Broadway MCDONALD'S - Madrid (SPAIN)


6 - Drive Thru MCDONALD'S - Ulsan (SOUTH KOREA)


5 - Best MCDONALD'S - Tbilisi (GEORGIA)


4 - Downtown MCDONALD'S - Hangzhou (CHINA)


3 - Imperial MCDONALD'S - Porto (PORTUGAL)


2 - Exotic MCDONALD'S - Yangshuo (CHINA)


1 - By the Spanish Steps MCDONALD'S - Rome (ITALY)

EKSKLUSIF: Beckham Tak Tahu World Cup 2014 Sudah Bermula!

Adakah nama David Beckham biasa kedengaran buat anda? Beliau adalah salah seorang pemain bola sepak terkemuka dunia dengan pelbagai GAYA. Baik sepakan LENCONG yang sangat tepat, isteri POSH yang popular, hinggakan perwatakannya sebagai model yang hebat. Jika anda masih belum kenal, boleh tengok gambar dibawah. Tapi apa kena mengena dengan tajuk diatas??

Yes, it's Becks, one of the most influential England Captain

Ok sebenarnya entry ini tidak kena mengena dengan David Beckham yang anda kenal tu, tetapi entry ini berkisarkan KISAH BENAR mengenai kawan aku yang aku namakan dia sebagai "Beckham" sempena cerita yang SANGAT menarik seperti yang korang boleh baca dibawah!

AKU: Amacam der, nak keluar gi tengok bola ke?
BECKHAM: Tak adalah, mau keluar makan je.
AKU: Hmm.. kau sokong ape ye World Cup ini? Jangan cakap SPAIN der, come on!
BECKHAM: Uih..mana ada. Aku sokong Japan lah. Kereta diorang aku minat.
AKU: Oh ye ke. Habis tu tak nak tengok ke Japan lawan Greece nanti?

Ok..sediakan tarik nafas panjang-panjang dan teruskan membaca sebab....

BECKHAM: Oh, nanti lah dulu, World Cup kan start 2 minggu lagi, rilek la dulu..
AKU: (Dalam hati "Eh, hari ini kan 19 Jun. Orang dah masuk 2nd round group stage dah")

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH (Gelak guling2 ramai2!!!)

Haaa... itulah cerita yang aku nak sampaikan! Memang sangat LAWAK. Aku pun tak tahu dia ni duduk di alam mana. Agaknya baru bangun dari tidur kot. Encik Mimpi lah katakan. HAHAHAHA. Lepas dia beredar dengan motor dia. aku dan kawan aku semua duduk gelak ramai. Adei..kelakar betul! 

Nah, inilah baru team Japan kawan aku minat tu kot!

MORAL OF THE STORY: Bukan niat nak persendakan orang, tapi kalau tak tahu dan tak minat tu, janganlah cakap tahu dan minat. Memang diakui ramai LELAKI yang minat bola. Tapi lelaki yang tak minat bola bukannya salah. Itu minat masing2. Yang penting, ego biarlah bertempat. Zassss~

Cara Tengok World Cup Live Online (Brazil 2014)

Disebabkan kat rumah ni tak ada ASTRO, dan juga TV (opsiee), maka cara termudah tengok bola adalah pergi lepak kat rumah kawan atau kedai mamak. Tapi kadang-kadang malas jugakan? Kan! kan! Oleh itu, saya dengan murah hatinya menyediakan satu link TERBAIK untuk tengok World Cup online secara LIVE. Kalau internet anda laju, memang tiada masalah. Linknya dibawah saja:



10 Syarikat Dunia Yang Menguasai Duit Anda

Penemuan GEMPAR ini hanya dapat diketahui jika anda melihat gambar dibawah. HE..HE..HE.. Sila klik pada gambar untuk paparan besar. Kemudian bayangkan mampukah anda hidup setiap hari tanpa membeli produk mereka? 10 syarikat ini kesemuanya tidak dimiliki oleh orang Islam. Jadi bagaimana? Jomlah ramai-ramai sedar dan beli barangan buatan MALAYSIA. Ayuh!


TIPS: Nak Kaya Cepat (3 Cara Mudah)

Siapa yang tak nak kaya? Ada duit banyak, hidup dalam kesenangan tanpa runsing memikirkan bagaimana nak bayar hutang. Jadi disebabkan itu saya dan anda semua mahukan duit yang banyak. Tetapi jarang sangat kita mengetahui cara TERMUDAH. Apa yang saya maksudkan bukannya melakukan aktiviti yang terlarang seperti mencuri, tetapi sebaliknya. Terdapat 3 cara paling SENANG yang semua genap lapisan masyarakat boleh praktikkan.
 

PERTAMA – RANCANG DAN KURANGKAN PERBELANJAAN
 
Jika dulu anda bergaji RM2000 sebulan, sekarang bergaji RM4000 pula sebulan. Pendapatan naik TETAPI kenapa masih tidak cukup? Mudah jawapannya – anda berbelanja berlebihan. Sebenarnya memang semua manusia seperti itu,maksud saya, iyalah, dulu nak beli peti sejuk tak boleh, sekarang apa salahnyakan? Yang menjadi masalahnya ialah kita tidak merancang dengan betul. Kan bagus jika kita mengumpul dahulu satu jumlah, misalnya RM1000, kemudian baru membeli peti sejuk itu berbanding menggunakan KAD KREDIT je. Disebabkan perangai tak merancang jauh inilah ramai muda-mudi di Malaysia kini MUFLIS! Anda tahu makna muflis?
 
Muflis maksudnya bank akan umumkan anda bankrap, maka tiada lagi pinjaman bank lepas ini sebab anda dah disenarai hitamkan, kemudian berkemungkinan ada harta anda akan ditarik oleh pihak bank. Contohnya kereta, perabot. Hidup dalam muflis ini susah. Baik elakkan daripada berlaku.


KEDUA – MENCARI SUMBER PENDAPATAN
 
Sumber duit bukan daripada kerja makan gaji semata-mata. Tetapi jangan sesekali memandang rendah orang kerja makan gaji. Ada orang yang BERJAYA disebabkan sukakan kerjayanya. Contoh yang tersenang ialah Cristiano Ronaldo – pemain Real Madrid. Bayangkan anda ditempat dia, anda suka main bola dan anda dibayar kerana anda sukakannya! Oleh kerana itu, salah satu caranya ialah mencari kerja bergaji lebih besar. Betulkan!
 
Tetapi satu lagi cara ialah memulakan PERNIAGAAN. Sejujurnya saya sangat hairan kenapa orang Melayu terutamanya di Malaysia ini, tidak banyak yang mempunyai bisnes yang besar walaupun jumlah mereka ramai. Jika dibandingkan dengan orang Cina, merekalah yang memiliki bisnes yang memang tersohor di Negara kita ini. Contohnya Shopping Mall Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Orang Melayu seronok je menghabiskan duit disitu tetapi tak sedar yang duit mereka itu dapat ke tauke shopping mall itu – Tan Sri Vincent Tan. Jadi kita bila lagi? Ayuh, janganlah malas!
 

KETIGA – MEMIKIRKAN ORANG YANG LAGI MISKIN DARIPADA KITA
 
Kadang-kadang, jika kita menilai orang yang susah dan bandingkan dengan “kekayaan” yang kita sedang miliki, boleh menimbulkan perasaan BERSYUKUR. Ingatlah, semua dimuka bumi Allah ini, hanya pinjaman, rezeki-NYA terbentang luas kepada mereka yang berusaha. Banyakkanlah berbuat amal dan membantu meringankan beban orang lain baik dari segi harta mahupun sekecil mana seperti mengalihkan batu besar ditengah jalan. Jika tidak didunia Allah membalas kebaikan anda, maka pasti ganjaran pahala menanti anda di Syurga. InsyAllah.
 

Diharapkan rumusan ringkas yang saya taipkan diatas mampu memberi makna kepada anda yang membaca. Mungkin anda boleh membaca atau membuat kajian lebih mendalam lagi nanti. Akhir kata, janganlah terlupa mengejar KEKAYAAN akhirat yang juga disebalik mengejar KEKAYAAN dunia. Sekian, terima kasih kerana membaca.